Sabtu, 4 September 2010

sodess :'(

GOMBAK: “Seminggu lagi dah nak raya, persiapan semua sudah siap tak sangka sekelip mata hangus begitu saja,” kata warga emas Hamisah Zaimi, 59, seorang daripada mangsa kebakaran empat rumah setinggan di Kampung Melayu Wira Damai, Sri Gombak di sini petang semalam.Wanita terbabit yang juga menghidap penyakit angin ahmar berkata, ketika kejadian dia dan suami, Nordin Ahmad, 68, sedang menunggu anaknya pulang untuk berbuka puasa bersama.

“Ketika itu mak cik di dapur, tiba-tiba dengar suami menjerit suruh keluar. Kebetulan seorang anak yang menetap di belakang rumah baru pulang kerja dan bawa keluar dari rumah ke tempat selamat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, 25 mangsa terpaksa berbuka puasa di depan rumah mereka yang hangus, manakala juadah berbuka pula diterima ihsan daripada jiran tetangga.
Semua mangsa adalah penduduk asal perkampungan itu dan sudah menetap di situ sejak 11 tahun lalu.


Sementara itu, seorang lagi mangsa, Muhamad Sulaiman Ishak, 45, berkata, kelengkapan raya bagi enam orang anaknya musnah kerana gagal diselamatkan.

“Saya tak sempat nak buat apa-apa. Kami lari sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri. Dokumen penting pun tak dapat diselamatkan kerana asap sudah tebal. Walau apapun saya kena reda, dan anggap ini dugaan dari Yang Maha Esa untuk saya sekeluarga dalam bulan Ramadan ini,” katanya.


Menurutnya, dia bercadang untuk pulang beraya di kampung halaman di Kedah namun mungkin terpaksa membatalkan hasratnya kerana kesemua persiapan raya serta wang ringgit hangus dalam kebakaran itu.

Api dipercayai bermula dari rumah di bahagian tengah deretan empat rumah yang terbakar itu dan merebak ke rumah jiran yang lain termasuk kediaman warga emas terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Zaini yang ditemui di lokasi kejadian berkata, empat jentera termasuk dari Gombak, Ampang dan Rawang termasuk sebuah lori tangki air dari Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian.


“Kedudukan rumah sangat rapat antara satu sama lain menyebabkan api cepat merebak ditambah pula dengan tekanan air yang rendah. Kita terpaksa meminta bantuan dari beberapa balai berdekatan untuk membantu memadamkan kebakaran.

“Api dapat dikawal kira-kira 6.40 petang dan padam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.


credited to; Harian Metro

sedih tau tak? (tiba-tiba) tempat ni dekat dengan kawasan rumah Shada, Kg. Melayu Wira Damai. benda ni jadi hari Khamis. masa tu, nak balik sekolah. masa otw nak balik rumah dgn Syaffa', nampak asap hitam dekat awan. banyak gila ! ingatkan orang bakar sampah, tengok kereta bomba yang besar tu lalu memang rumah terbakar :'( ajak Syaffa' tengok semua, EMPAT rumah ! malam tu, text Arip, dia kata salah satu rumah tu, rumah kawan dia. lagi satu, rumah tu terbakar sebab ada budak main bunga api dalam bilik (Arip cakaplah) apelah, takde kerja main bunga api dalam bilik ! kan dah emosi nie. semua keluarga mangsa kebakaran, sabar ye ! raya nie, dtg rumah Shada kite raye sama-sama :') (macam die baca :P)

okay, bye :'

Tiada ulasan: