Rabu, 1 Disember 2010

Apa apa?

Shada surrender ! Lepas update blog nie, terus bukak tv tunggu handy manny. (degil jugak tu, taknak tidur) Bukan senang shada nak off awal.

Ni semua pasal lipas kesayangan. Mula-mula nampak benda hitam dekat penyodok. Ah damn, lipas ! Memang shada capai shieldtox awal-awal lah kaaan. Hala shieldtox dekat vinatang tu, spray. Dalam hati, " please, dah mati dah mati" Tak kesampaian, lipas tu lari kemabukan. Menjeritlah aku dalam hati T___T Rasanya sekarang, lipas tu tengah bertarung nyawa kot. Lantaklah, kisah pulak aku.

Lipas? Shada takut gila babi hutan dekat vinatang tu. Rela pegang katak or ular ke ape daripada pegang lipas. Serious ! Tak percaya tanya kawan-kawan shada. Paling jahat vudak lelaki lah kan, dorang suka sakat shada. Ingat lagi, tahun lepas. Vudak-vudak lelaki kejar sambil pegang lipas kejar shada. Korang fikir kuchi-kuchi hotak hey ke? Satu kampung shada lari, satu kampung ! Dorang hebat, shada menyorok dalam rumah tasya pon dorang tau. Last-last, dorang suruh keluar. Rindu shada lah tu haha :P Lipas? Dorang dah buang kot, tak nampak-nampak dah yes !

Bodoh punya lipas ! Tak pasal-pasal shada terindu dorang semua. Bila nak jumpa weh? Aduh, sedih :'(

Eh jap, sape call shada tadi? Aku tayang number kau kat sini kangg. Okay nak tayang jugak.

017-88*9**4
oh, lagi satu.
03-404***47
selangor pulak tu, hishh.
__________________________________________________________
Shada cakap orang, shada pun sama. Tapi, bukan taktau malu macam dorang. Tadi shada call umie, tak angkat -.-' Shada pulak call main tibai je number. Confuse number umie, 013 ke 019. Try 013, kira lima kali jugak lah call tak angkat-angkat. Marah gila akuu x(
__________________________________________________________
Tak lama lepastu, ade orang call.
Orang : Ni sape eh? Tadi ade call number 013-3*****0 kan? Dalam lima kali macam tu. Kenape eh?
Shada : Salah number kot. (gagap sikit)
Orang : Ni sape eh?
Shada : Salah number kot, sorry. (cuak gila)
Orang : Boleh tau, ni sape?
* tuut tuut tuut * (shada letak phone)
__________________________________________________________
Rasa bersalah sangat. Tapi masa tu memang takut lah kan. Orang tu pon satu, dah cakap saah number, salah number lah degil hihihi. By the way, sorry dekat orang tu. Lepas ni, shada akan hafal number umie. Janji tak tibai ! Trauma weh :'D
__________________________________________________________
Okay, next.
Cuti sekolah ni sangat sangat sangat membosankan ! Takde buat ape, online. Time shada tengah online, ade je orang kacau. Jannah nak dtg lepak lah, syaffa' pun nak datang lepak lah, umie ajak keluar lepak taman lah, alya ajak sleepover rumah dia lah. Pandai korang, time cuti cari aku. Masa sekolah, sabtu ahad call aku pon takde. (tipu) Yang nak datang lepak rumah shada tu takpe, yang ajak keluar tu memang harapan lah. Shada malas keluar, lemak-lemak dalam badan tak kasi haha xD Lain kali okay.
__________________________________________________________
Next next.
Lagu baru kat blog. Macam serabut sikit, tapi shada suka. Spotlight by Selena Gomez. Lagu tu hasil godek-mengodek kat youtube. Act, tengah cari inspirasi nak karaoke. Hobi baru shada, karaoke kat youtube. Try lah, hilang semua tension ! Dalam banyak-banyak lagu, lagu love story paling senang sebab lagu tu slow. Shada mana boleh laju-laju ni, semput.
__________________________________________________________
Seterusnya.
Tadi ang xin yin (classmate shada) im kat fb, tanya number berapa dalam kelas. Shada cakap number 13, dia gelak-gelak. Pelik. Rupa-rupanya, dia dapat number 12. Jiran shada lah x) Congrats eh ang, awak menang maa ! Kikiki sejak bila shada challenge dengan dia? Pfft
__________________________________________________________
Last-last. Janji last !
Tadi kan, ade orang tu kan, dia cakap dia nak off kejap kan, die cakap kejap je, tapi kan, sampai sekarang kan, dia kan, tak on-on lagi kan, memang mintak makan selipar lah kan, tapi takpelah kan, shada malaslah kan, nak marah-marah malam-malam buta ni kan, lantaklah kau kan, jawablah kau dengan aku esok kan, okaylah kan, byelah kan, erghh !
__________________________________________________________
7 cerita dalam satu entry. Akibat orang dah lama tak update blog haha. Terpaksa buat line, even dah tekan enter dia still rapat macam kembar siam. Tak sedar shada, dah pukul 2.30 ! Lagi setengah jam handy manny start, chioww.

Tiada ulasan: